Saturday, November 7, 2009

My Officemate

(My best sis eyza in the world)
Ini ofis mate aku merangkap adik la.kami sama-sama masuk kerja..ayu tak..still single ni.aku ngan dia la menempuh suka duka kat ofis ni chee wah...dia pencari fail yang berjaya di ofis ni.asal bos suruh cari fail kompirm jumpa...hari-hari ada je cerita dia.ibarat kalau puasa kering la air liur..bercerita..aku ngan dia byk rahsia ni..rahsia..rahsia la...adik aku ni pakar mekap.sentiasa kelihatan cantik dan bergaya ye..kalau kena usik ngan mamat-mamat bangunan ni, senyum jela..ada dah nak jdkan dia menantu tu..jangan mara aaa..aku doakan semoga dia dapat kerja kerajaan dan kawin ngan orang kaya la..impian tu..korang tgk tu..cara pegang aku tu ayu kan..


(ibu moden kak siti merangkap mak angkat eyza hehehe...)
ni ofismate aku yang paling senior..kitaorang panggil dia 'kak' je..dia ni ibu moden maa..kalah aku yang perasan muda ni.kalau mekap lagi menang kak la daripada aku.siap color mata ..blusher...tp baik orangnyer.caring jugak la.asal kitaorang takde kat tempat je tanya "gi mano diaore" dialek kelantan..tp kalau bab makan dialah yang paling beria.


Tuesday, August 11, 2009

Hope Berkekalan Selamanya







Aku berkahwin dengan insan yang bernama ZAINAL ABIDIN BIN ISMAIL.Insan tersayang ini ku kenali melaui mirc (chat room)cinta chatting.alhamdulillah..orang yang aku kenal ni baik..caring dan boleh tahan kacak lah..hehehe..kami disatukan pada 29 Januari 2006.Saat itu adalah saat paling bermakna dalam hidupku.Aku disahkan mengandung pada 30 Mei 2006.Hepi tak terkira kerana aku bakal menjadi inasan yang bergelar 'mama'.


Tanggal 12 Januari 2007 lahirlah putera sulungku yang diberi nama aneeq darwisy..terasa lengkap kehidupan ku kerana bergelar 'mama'.kita aku bahagia membesarkan putera sulungku..pada mac 2008 aku disahkan sekali lagi mengandung.rasaya terkejut sangat dan tidak sangka kerana aneeq pada ketika itu berusia 1 thn 2 bulan.tapi redha rezeki yang dikurniakan ilahi.kini aneeq berusia dua tahun.lasaknya bukan main..seronok kerana apa yang dipelajari cepat diingati.perkataan pertama darinya adalah 'nipah' iaitu kipas...semoga dia menjadi insan berguna kelak..

Tanggal 08 Ogos 2008 lahir pula putera keduaku yang ku nama ariq darius.aneeq pada mulanya hairan dengan kehadiran orang baru.putera keduaku ini dipanggil darius...ala2 glamor kan... hehe..Darius kini berusia sethun lebih.